Tips Pulang ke kampung :)

Views
*credit : bluehyppo 

Assalamualaikum semua.
Harini dah 25 hari kita berpuasa, lagi 5 hari je lagi nak raya. Bila dengar je lagu raya sayu pula. haih. Sekejapnya masa tu berlalu kan? Kadang- kadang sampai tak sedar dah nak habis dah bulan puasa ni. Hebatnyalah masa tu berlalu sangat pantas. Anda semua buat apa tu? mesti tengah kemas rumah kan? Langsir pun baru tu. Wah~! meriahnya. Apa pun sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang saya nak bagi tips sikit untuk pulang ke kampung halaman. Insyaallah leh membantu anda dan juga saya ketika pulang ke kampung nanti.



Keselamatan Rumah ;
1. Pastikan anda mematikan segala suis dan dapur gas anda. Suis lampu digalakkan buka tapi bukan semua yang penting saja.
2. Tutup semua tingkap dan pastikan segala pintu bilik, pintu dapur, pintu stor ke di kunci dengan rapi.
3. Buka bebrapa lampu terutama di pintu hadapan rumah, di belakang rumah serta di dapur. 
4. Pesan la dekat jiran yang tak balik kampung untuk tengok-tengok kan rumah anda.


Keselamatan ketika memandu ;
1. Pastikan anda membuat pemeriksaan untuk kereta yang anda naiki.
2. Jangan membawa lebih muatan. Cukuplah bawa apa yang penting sahaja.
3. Pastikan anda memakai tali pinggang keledar sepanjang perjalanan.
4. Jika anda mengantuk ataupun penat sila gunakan R&R yang disediakan di sepanjang lebuhraya untuk anda mengembalikan tenaga anda.
5. Paling penting SILA PATUHI HAD LAJU ANDA. Ingatlah orang tersayang, pandu selamat jiwa selamat.


p/s : Semoga kita semua bergembira disamping keluarga yang tersayang di hari raya tahun ini. Selamat memandu dan Selamat Hari Raya Aidilfirti untuk semua umat Islam. :)



Hey awak,Terima kasih sudi membaca.Datang lagi ye:)

0 bebelan setia:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
copyright.TheEndOfTheStory;)