Selamat berhari isnin yang sangat indah ni. Maaf kerana biarkan blog ni bersarang semua sebab mementingkan pelajaran dan alhamdulillah result pun amat baik. Jadi hari ini saya sambung entry yang lama terbengkalai. Orang kata apa pun yang kita buat semua berdasarkan mindset kita. Betul atau tidak ikut pendapat masing-masing.
Dapat ilham nak tulis dari gambar kat atas la sebab masyarakat sekarang banyak yang suka kondem orang dari membantu seseorang tu melakukan kebaikan. Kenapa yek? Sebenarnya bila kita membantu bukan sahaja dapat pahala malah sedikit sebanyak kita pun akan terbuka hati untuk berubah kearah kebaikan. Bukan niat nak jadi ustazah tapi nak ingatkan diri sendiri sekali yang mudah lupa ni.
Alhamdulillah kita sudah nampak sekarang ramai artis-artis yang mula menutup aurat syukur sangat. Apa kata kita jadikan pula mereka ni idola mulimah kita kan bagus. Saya begitu tidak gemar ada yang dengki terhadap seseorang dengan mengejek, memerli dan mengeluarkan gambar lama yang tidak menutup aurat seseorang yang sudah pakai tudung sekarang. Ingat manusia ni diciptakan mudah berubah cuma kita yang tentukan ke arah kebaikan atau sebaliknya.
Semuanya berpunca dari mindset kita sebenarnya kita cemburu tengok orang lebih dari kita tapi kita tak nak pula cuba jadi yang lebih baik. Ingat dunia ni sementara saja yang kekal diakhirat sama ada sekarang bersenang akhirat bersusah atau sebaliknya ikut kehendak diri anda. Gunakan akal yang diberi dengan sebaiknya. Selamat beramal. :)
Sentiasa set kan pada otak kita perkara yang baik insyaallah segala perbuatan kita yang baik-baik sahaja.


Jom Tukar Mindset :)



datang sayang Cik Rosa ;)

